Saturday, February 6, 2016

Pangkor 


SHAH ALAM – Kesetiaan seharusnya ditujukan kepada negara dan parti, bukan individu, demikian ujar bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.
Ujar beliau lagi, beliau seorang ahli Umno yang komited dan tidak akan berhenti mengkritik sesiapa sahaja yang membuatkan orang mencurigai parti, tanpa mengira kedudukan mereka.
"Tiada sesiapa perlu meminta 'sokongan' untuk pemimpin sebagai individu... Minta orang ramai menyokong parti.
 "Parti dan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa apa jua tindakan mereka yang berada dalam kedudukan seb
at buruk daripada semua isu itu... sebab itu saya suarakan apa yang ada dalam fikiran saya.
"Saya sayangkan Umno, saya sayang Malaysia. Saya sentiasa berdoa agar Yang Maha Kuasa menyelamatkan negara ini dan menjadikan ia kekal utuh untuk generasi akan datang," katanya lagi.




Thursday, June 4, 2015

Indahnya Bernikah


Pahala yang mencurah2 kepada anda yang mengelak daripada zina..!!

Saat akad nikah ~ PAHALA..!
Renung isteri PAHALA..!
Main kenyit2 mata dengan isteri ~ PAHALA..!
Suami pegang isteri ~ PAHALA..!
Cium isteri ~ PAHALA..!
Suami peluk isteri ~ PAHALA..!
Suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA..!
Mandi bersama-sama dengan isteri ~ PAHALA..!
Suami setubuh isteri ~ PAHALA..!
Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA..!
Suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA..!
Suami ajar isteri fardhu'ain ~ PAHALA..!
Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA..!
Setiap apa dilakukan dengan isteri ~ ADALAH PAHALA..!!

Masya’Allah..SERONOKNYE..! (^_^)


“..Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui..”
(Surah an-Nur : 32)

“..Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua..”
Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

“..Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir..”
(Surah ar-Rum: 21)